Thursday 15 February 2018

Tips persediaan hadapi jenazah

X lama lg kita nk jln dah
Pesan pada anak-anak kita...

1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2nya kain selimut/cadar putih. blh beli d kedai uniform sekolah.

2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;

5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;

6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.

7. Tutup rambut dengan selendang;

8. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat.

9. Letakkn pemberat atas perut mengelakkan perut membuncit: dan

10. Ambik kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah;

11. Maklumkn AJK surau, buat lapuran polis &   hospital.

12. Dimandikan..

13. Solatkn jenazah, se elok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 org jemaah org alim.

14. Kebumikan mayat.

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.

Sharing is caring ๐Ÿ‘๐Ÿ‘Œ❤
Pesan pd anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai

Agar ank2 tahu fardhu kifayah.

Tips bangkit Dari jatuh

10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH

1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita.

2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point.

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula.

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat , buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu.
Silakan Share !

#cnp

Tips pengurusan peti sejuk

Pengurusan peti ais yang betul utk bahan-bahan:

๐Ÿ’š SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening".

Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.

๐Ÿ’š SUSU


Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason ๐Ÿ˜… tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang

Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak

๐Ÿ’šTELUR


Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais
✅lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

✅jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak

✅simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

✅Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.

✅kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais

✅jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh

๐Ÿ’šUBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? ๐Ÿ˜… Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.

Semoga perkongsian bermanfaat ๐Ÿ˜˜


Cnp

Monday 12 February 2018

Tips dapatkan top up free

salam semua. ada topup free ni. follow je step ni.. serius free.

HERE SOME STEP FOR BOOST APP.

CARA NAK DAPAT TOPUP FREE HANYA DIGI MAXIS CELCOM ๐Ÿ‘Œ

1- DOWNLOAD BOOST APP

2- TEKAN REGISTER

3- LETAK NUMBER PHONE

4- TUNGGU CODE BOOST DARI MESEJ

5-EMAIL FACEBOOK OR GMAIL

6-PASSWORD KENA HURUF BESAR DEPAN DAN BELAKANG MESTI WAJID ADA NUMBER CONTOHNYA: Idzham6144

7- PIN NUMBER KENA INGAT HANYA ADA 6 ANGKA SAHAJA. KENA INGAT TAU!

8- MASUKKAN INVITE CODE NI  PALING PENTING ๐Ÿ‘‰ muh472j

•Okay.  Sekarang dh settle smpi step 8 kan.  Dekat home tu.  Tekan icon gamba handfon tu.  Icon kedua dari kiri belah atas tu.

• then pergi kt get more.  Pilih topup.
๐Ÿ’œkalau celcom. Masukkan nilai tulis rm8
๐Ÿ’šmaxis. Pilih rm5
๐Ÿ’›digi.  Try tgk apa pilihan yg ada.  Tak sure sbb xde no digi.  Kalau dia suh tlis nilai tulis rm8 .
Kalau kena plih.  Pilih rm5.

•selesai dpt topup yg pertama.
Pergi pulak kt icon kepala org.  Last hjung belah kanan. 

•tekan shake reward.  Goncang n ikut je step smpi dpt rm5 lagi.

•kemudian ikut smula step icon gamba handfon tadi.  Sampai la dpt topup.

Total topup.
๐Ÿ’™celcom akan dpt rm13
❤maxis rm10
๐Ÿ’›digi sorry xpst sbb xde no digi nak try.

Lastly.  Dah boleh uninstall balik dah apps tu. 

Alhamdulillah sekian perkongsian rezeki drpd saya.

Just follow jer tau step.dia .
Ni bukan scam , share rezeki kita untuk orang lain jugak . Mana tahu dikemudian hari Allah swt balas lebih lagi . Selamat mencubaa semuanya


Tips elak sakit tekak ketika makan limau mandarin

Limau mandarin dan meningkatnya gejala sakit tekak dimusim perayaan.

Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.
Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu 'Sulphur dioxide'. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat  bertahan lama sebelum dipasarkan.

Apa kesan 'Sulphur Dioxide' yang terdapat pada kulit limau  tersebut kepada manusia?

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.

Pesanan ringkas 'Tips kekal sihat dimusim perayaan' ini ditulis oleh:
DR ROSLI ABD JALIL.

Sunday 4 February 2018

Tips kurangkan katak di kawasan rumah

Taburkan garam kasar di kawasan yang selalu katak lalu.. Sebab katak alergik dengan garam.. So dia tak kan lalu kawasan yang ade garam..

Selamat mencuba :)



Tips hilangkan ulat pada pokok

Tumbuk atau blend bawang putih

Masukkan dalam botol spray

Spray pada daun2 pokok yang berulat..

Ulat2 memang tak suke bau bawang putih

Selamat mencuba :)


Tips kurangkan masin pada gulai yang terlebih garam

Ambil sudu besi.. Letak dalam gulai yang sedang menggelegak.. Besi pada sudu akan menyedut rasa Masin gulai

Friday 2 February 2018

Tips ubati kencing manis

Info menarik..
Moga menafaat..

Assalamualaikum.....ni pokok inai air yg bole mengubati kencing yg parah teramat2...yg mana bole menyembuhkan penyakit kencing manis..daripada kaki kena potong....

Cara guna:
Di tumbuk  hingga lumat...daun saja...
Selepas tu ..tampal kan pada luka tu..

Share dan tag rakan2 anda.


#ubatipenyakitkencingmanis

Tips pilih cili segar

Assalamualaikum... 

Dalam entries Kali ni sis nak share cara pilih cili yang segar ketika membeli di pasayaraya supaya kita tak salah beli Dan dapat beli cili yang seolah2 baru petik Dari pokok... Jom lihat caranya..
Dalam lombokan cili di pasaraya Susah nak pastikan yang mana Segar Dan yang mana hampir rosak...

Dah tentu yang baru dipetik Dari pokok paling Segar bukan??

Cuba perhati pada tangkai cili
.. Lihat tangkai yang masih hijau Dan Segar.. Pilih lah cili2 yang bertangkai hijau... 

Cili2 yang bertangkai gelap atau seakan2 hitam ialah cili yang hampir busuk atau rosak...
Kaedah yang sama anda boleh gunakan untuk memilih anggur Segar..

OK semoga entri ni bermanfaat untuk u alls yang baru nak berjinak2 dengan barangan dapur

#tipspilihcilisegar

Tips kulit licin dan cerah hanya minum jus

Aloevera atau lidah buaya sangat terkenal sebagai bahan dalam pelbagai jenis supliment kesihatan Dan kosmetik kerana khasiat nya

Dalam entri Kali ni sis nak tunjukkan cara membuat sendiri jus INI


Ambil satu pelepah daun lidah buaya..





Tarikh bahagian isi dengan menggunakan sudu

Selepas siap dia asingkan isinya
Potong kecil-kecil mengikut selera

Tambahkan air
Jadikan sebagai jus Varian

Ingin rasa yang lebih enak .. Jelly Dari lidah buaya INI boleh di bancuh dengan minuman yang masam seperti ribena suncquik Dan sebagainya


Jeli lidah buaya INI boleh disimpan dalam peti sejuk Dan mampu bertahan lebih Dari 6bulan

Tapi sis kalau buat sebalang.. Tak sampai seminggu dah habits

Selamat mencuba!!!

#petuacantikdansihat



Tips hilangkan jeragat degil

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.

Jeragat ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat gelap atau kelihatan coklat yang pudar. Jeragat sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Jeragat sering terjadi di bahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu. Jeragat kerap terjadi kepada wanita yang mengandung dan ianya di panggil Chloasma.

hilangkan jeragat

Kawasan sering terjadi jeragat;

63% akan kelihatan sekitar hidung dan dagu

21% akan terjadi di sekitar pipi dan hidung

16% biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang


bintik jeragat

80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yang dipanggil 
“mask of pregnancy”

Punca-Punca Jeragat


Punca Jeragat #1 : Radang Kulit

Sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH).


Punca Jeragat #2 : Hormon

Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai pelanggan saya berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.


Punca Jeragat #3 : Cahaya Matahari

Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". 


Punca Jeragat #4 : Ubat- ubatan

Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.


Punca Jeragat #5 : Kehamilan

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Jadi, ibu mengandung disarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.


Punca Jeragat #6 : Kosmetik & Wangian

Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat. Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.


Jenis-Jenis Jeragat


Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun.

Dermal – terjadi dibawah lapisan sel kulit. Jeragat di bawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan.

Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat di bawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan.


Warna Jeragat dan Bentuk


Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika di bawah lampu.

Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.



NAK TAU CARA SEMULAJADI MENGHILANGKAN JERAGAT???

Ambik sehelai daun betik.. Daun betik ye bukan pucuk betik ..
Tumbuk lumat daun betik

Scrubkan ke muka terutama bahagian muka yang berjeragat.. Gosok pada keseluruhan bahagian muka antara 15-20 minit .. Bilas dengan air bersih.. Lakukan setiap Kali mandi atau sekerap yang mungkin.. Scrub daun betik bukan sahaja dapat MENGHILANGKAN jeragat degil.. Jika diamalkan kulit juga akan semakin cerah!!

Selamat mencuba!!

Thursday 1 February 2018

Tips Hilangkan sedu Serta merta

Gejala biasa dihadapi manusia, ada kaitan dengan saluran pernafasan

Sedu menyebabkan individu rasa tidak selesa dan merimaskan. Ia adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk menghapuskannya.Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.
Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.
Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.

Persamaan dengan mamalia

KALANGAN SAINTIS SEJAK BERATUS-RATUS TAHUN LALU MENJELASKAN SEDU TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH BERGUNA KEPADA MANUSIA.
PENGKAJI YANG DIKETUAI CHRISTIAN STRAUS YANG BERTUGAS DI HOSPITAL PITIE-SALTPETRIERE, PARIS MENJELASKAN TERSEDU MEMBANTU MAMALIA* BELAJAR MENYUSU KERANA SIRI PERGERAKAN KETIKA MENYUSU SEPERTI TERSEDU MEMBANTU MENGELAK SUSU MEMASUKI PARU-PARU.
Beliau percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi atau pengudaraan insang merentasi dunia mamalia moden termasuk manusia.
Wujud banyak persamaan antara sedu dengan pengudaraan insang dalam kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembun.

Mengapa tersedu?

Walaupun sehingga kini sebab kepada kejadian sedu ini masih belum diketahui, jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup.
Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat.
Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.
Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dulu kala, leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas. Malah, teori sedu yang diterbitkan dalam jurnal BioEssays menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Punca sedu?

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol berlebihan

Kaedah menghilangkan sedu?

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  • Bernafas dalam plastik udara
  • Tenangkan jiwa dan minda
Sumber – Berita Harian,

NAK TAHU SATU TIPS YANG BOLEH MENGHILANGKAN SEDU SERTA MERTA???
Caranya mudah sahaja


Tutup kedua dua belah telinga sehingga betul2 rapat Dan minum air masak serentak dengan tutup telinga..
Untuk memudahkan anda menutup telinga sambil minum air, kedua belah tangan gunakan untuk menutup telinga... Manakala gunakan straw untuk menyedut air masak.. Selamat mencuba!!!  InsayaAllah sedu hilang serta merta



ainchanteqshop.blogspot.my/2018/02/sireh-lovely-care.html?m=1