Jeragat ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat gelap atau kelihatan coklat yang pudar. Jeragat sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Jeragat sering terjadi di bahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu. Jeragat kerap terjadi kepada wanita yang mengandung dan ianya di panggil Chloasma.
Kawasan sering terjadi jeragat;
63% akan kelihatan sekitar hidung dan dagu
21% akan terjadi di sekitar pipi dan hidung
16% biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang
“mask of pregnancy”
Punca-Punca Jeragat
Punca Jeragat #1 : Radang Kulit
Sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH).
Punca Jeragat #2 : Hormon
Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai pelanggan saya berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.
Punca Jeragat #3 : Cahaya Matahari
Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".
Punca Jeragat #4 : Ubat- ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.
Punca Jeragat #5 : Kehamilan
Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Jadi, ibu mengandung disarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.
Punca Jeragat #6 : Kosmetik & Wangian
Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat. Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.
Jenis-Jenis Jeragat
Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;
Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun.
Dermal – terjadi dibawah lapisan sel kulit. Jeragat di bawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan.
Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat di bawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan.
Warna Jeragat dan Bentuk
Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu
Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika di bawah lampu.
Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.
NAK TAU CARA SEMULAJADI MENGHILANGKAN JERAGAT???
Ambik sehelai daun betik.. Daun betik ye bukan pucuk betik ..
Tumbuk lumat daun betik
Scrubkan ke muka terutama bahagian muka yang berjeragat.. Gosok pada keseluruhan bahagian muka antara 15-20 minit .. Bilas dengan air bersih.. Lakukan setiap Kali mandi atau sekerap yang mungkin.. Scrub daun betik bukan sahaja dapat MENGHILANGKAN jeragat degil.. Jika diamalkan kulit juga akan semakin cerah!!
Selamat mencuba!!
NAK TAU CARA SEMULAJADI MENGHILANGKAN JERAGAT???
Ambik sehelai daun betik.. Daun betik ye bukan pucuk betik ..
Tumbuk lumat daun betik
Scrubkan ke muka terutama bahagian muka yang berjeragat.. Gosok pada keseluruhan bahagian muka antara 15-20 minit .. Bilas dengan air bersih.. Lakukan setiap Kali mandi atau sekerap yang mungkin.. Scrub daun betik bukan sahaja dapat MENGHILANGKAN jeragat degil.. Jika diamalkan kulit juga akan semakin cerah!!
Selamat mencuba!!




No comments:
Post a Comment